بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Ini diambil dari sebuah pengalaman bukan prediksi..
Setelah ikhtiar maksimal, berdo'a dan sholat maka tanda itu Allah tunjukan :
1. Berupa keyakinan yang besar untuk menuju pernikahan tidak bisa tergoyahkan oleh apapun sekalipun banyak ujian walau tanpa cinta dan hanya ta'aruf sesaat.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan,
jemu ataupun tertekan pada Diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira Dan Dia menjadi pengobat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang apabila bersama. Apabila
berjauhan, terasa sedikit tekanan Dan rasa ingin berjumpa Dengannya.
Tidak siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, Dia tidak ambil peduli.
Mungkin Dia tahu perpisahan Dengan bekas kekasihnya sebelum ini. Dia
juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa
kita sekarang. Biarpun Dia tahu kita pernah mempunyai kekasih
sebelumnya, Dia tidak ambil hati langsung. Yang Dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia melupakan kisah silamnya. Tidak perlu
menyimpan rahasia apabila Dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup
kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak marah dengan apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi
hukum agama. Sikap jujur yang Dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran
bukan perkara yang boleh sandiwarakan. Kita Dapat merasakan sesuatu
apabila Dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta Di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi
faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila Dia tidak jujur,
sukar baginya mengelak Dari perlaku curang kepada kita. Apabila Dia
jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang Disulami
Dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, Dialah
sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahasia ini perlu
lupakan supaya Dapat mengurangi beban yang Ditanggung. Apabila kita
mempunyai rahasia Dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahasia kita
aman Di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai antara satu sama lain timbul Dari Dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahasia-rahasia kepada
kekasihnya dibanding dengan teman² yang lain. Satu lagi, kita tidak
berahasia apa pun kepadanya Dan pasti rahasia kita selamat. Bukti cinta
sejati adalah melalui kepercayaan Dan kejujuran. Bahagialah individu
yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya Dan kekal Dalam jangka
masa yang panjang, kita Dan Dia perlu saling bekerjasama melalui hidup
ini. Kita Dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara
baik perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang Dilakukan perlulah
ikhlas bagi membantu pasangan Dan meringankan tugas masing-masing.
Perkara paling penting, kita Dan Dia Dapat melalui semua ini Dengan
melakukannya bersama-sama. Kita Dan Dia juga Dapat melakukan semuanya
tanpa memerlukan orang lain Dan kita senang melakukannya bersama. Ini
penting karena ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa depan. Jika
tiada kerjasama, sulit bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus persen.
7.Memahami Diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, Dia pasti memahami Diri pasangannya.
Semasa kita sakit Dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, Dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, Dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berkisah, Dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita Dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun
berduka, Dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia menjalani pasang
surut Dalam percintaan. Apabila Dia senantiasa bersama kita melalui
hidup ini Di kala suka Dan Duka, Di saat senang Dan susah, Dialah calon
yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tidak ada siapapun yang sempurna Di Dunia ini. dusta jika ada orang
yang mengaku Dia insan yang sempurna Dari segala segala sudut. Pasti Di
kalangan kita memiliki kelemahan Dan keburukan tertentu. Bagi dia yang
bersedia menjadi teman hidup kita, Dia tidak terlalu menyimpan rahasia
kelemahannya Dan bersedia memberitahu kita. Apabila kita Dan Dia saling
menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang Ditakdirkan
kita hidup bersamanya.
10. Allah mudahkan segala urusannya walau harus ada ujian di dalamnya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikaruniakan Allah Indera
keenam yang Dapat mengetahui Dan memahami perasaan pasangannya. Dengan
rasa batin ini juga kita Dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita
dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat
menduga reaksi nya. Apabila kita yakin Dengan pilihan hidup kita,
tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata
hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segala ketentuannya pada maha
kuasa.
11. Solat Istikharah Dan Tawakkal
Jodoh Dan pertemuan semuanya Di tangan Allah SWT. Manusia hanya
perancang Di pentas Dunia ini Dan skripnya Ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, Dalam memainkan peranan sebagai pelakon, Diberi petunjuk
melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila
kita melakukan Sholat Istikharah dan memohon supaya Allah SWT
memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izin-NYA kita mendapat
petunjuk-NYA. Jika Dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika
tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi
mendapatkan kebahagiaan hidup di Dunia. Setelah semuanya Diusahakan,
berserahlah kepada-NYA dan terus berdoa.
=====>>>>> Semoga bermanfaat dan semoga kau yang disana, bisa membaca tulisan ini.