Saya sanggup jadi tongkat kepada Ibu sepanjang hidup saya. Sebuah
cerita menyayatkan hati yang wajib kita baca. Pengorbanan seorang anak
yang berbakti kepada orang tuanya dalam menjalani hidup tampa mengeluh dan ikhlas dalam menjalani dan boleh di jadikan contoh tauladan buat kita semua.
Kisah seorang anak perempuan dari Changchun, China, di negera yang
sangatlah sejuk. Li Yuanyuan memikul sang ibu yang lumpuh kedua-dua
kakinya sambil menggendong anaknya yang berusia dua tahun ke rumah sakit
kerana ibunya terkena serangan jantung lagi. Orang-orang yang berlalu
lalang di jalan memandang mereka bertiga dengan mata terbeliak, semua
takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah tetapi
memiliki tenaga untuk memikul satu orang sambil menggendong satu orang
lagi.
Menurut laporan City Evening Post pada 13 Februari 2008 lalu,
Li Yuanyuan telah memakaikan baju kepada kanak-kanak dan ibunya yang
baru sembuh dari sakit. Pada jam 10 pagi, Yuanyuan mencangkung di depan
ibunya dan meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu memanggul
ibunya, kemudian menggendong pula anaknya yang berdiri di atas tempat
tidur.
Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menyokong kedua kaki
ibunya, sedangkan ibunya hanya membantu merangkul cucunya mengelilingi
leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling
berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit. Sang ibu telah
lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah Yuanyuan terbiasa
memikul sang ibu keluar masuk rumah sakit.
Ketika Yuanyuan
berusia 7 tahun terjadilah sebuah kemalangan lalu lintas yang
benar-benar telah mengubah kehidupannya. Kerana kemalangan ini ibundanya
mengalami kelumpuhan pada kedua-dua kaki yang disemarakkan pula dengan
kehilangan ayahnya.
Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang
rumah tangga. Kerana tidak ada pendapatan Yuanyuan menyara keluarga
dengan menjadi pengutip sisa-sisa sampah. Dan duit hasil kerja kerasnya
itu habis digunakan untuk menguruskan ibunya.
Rasa bakti
Yuanyuan kepada orang tua sangat menyentuh hati para tetangga, banyak
tetangga yang dengan sukarela memberi bantuan kepada ibu dan anak
perempuannya ini. Kerana sepanjang tahun hanya mampu berebah otot kaki
untuk ibunya. Walaupun sering kejang dan sakitnya kadang-kadang sangat
tak tertahankan.
Ada seorang pakcik yang bekerja sebagai seorang
doktor tradisional tua, setiap hari membantunya memberikan terapi
akupuntur terhadap ibu Yuanyuan, malah doktor itu juga mengajarnya
menggunakan teknik akupuntur sederhana.
Sejak berusia 11 tahun sampai sekarang, Yuanyuan sudah boleh menggunakan teknik akupuntur untuk meringankan rasa sakit ibunya.
Tiga tahun yang lalu, Yuanyuan berkahwin, setahun kemudian, Yuanyuan
melahirkan seorang puteri. Namun di mana pun dan bila-bila masa,
Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, dia dan suaminya bersama-sama
memikul tanggung jawab mengurus ibunya.
Walaupun rumah
tangganya tidak kaya, mereka sangatlah puas. Ibunya berkata, terkenang
masa 21 tahun ini meskipun penuh penderitaan, namun dia sangat puas, dia
merasa dirinya sama dengan orang tua lain yang juga telah menikmati
kehangatan dan kebahagian dalam keluarga.
Bagi Yuanyuan, selama
21 tahun ini, dia merasa dirinya sangat bahagia, kerana dia adalah
seorang anak yang masih mempunyai seorang ibu. Saya rasa sangat bahagia
“kerana itulah saya sanggup menjadi tongkat kepada ibu saya sepanjang
hidup saya