بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
- SEKADAR RENUNGAN -
★ Lekapkan jari-jari kita di atas meja,
perhatikan. Bermula dari pada jari kelingking yang kecil dan kerdil,
seperti manusia dan apa sahaja akan bermula dari pada kecil kemudian
besar dan terus membesar. Itulah fitrah
insan dan alam seluruhnya.
Apa saja yang dilakukan mesti bermula
daripada kecil. Bak kata pepatah
★"melentur buluh biarlah daripada
rebungnya".
★ Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang
besar pada masa dapan.
★ Naikkan kepada jari kedua,
jari
manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari
yang cantik mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk
cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam
remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan berbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan
kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah
dipertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??
★ Nah...naik kepada jari ketiga.
Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti
dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun, anda mesti
berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang
datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri
hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas
terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justru itu, amal ibadat
mesti dilipatgandakan.
★ Kita beralih kepada jari telunjuk.
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai
penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap
usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan
pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
★
Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi
menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.
Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang
Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan
lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang
berpengalaman.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, niscaya anda boleh
berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu
jari ke atas itulah rahasia kejayaan anda.